suria

Azmin Mampu Jadi PM - Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad

CYBERJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berpotensi menjadi perdana menteri yang seterusnya jika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14.

Pengerusi Pakatan Harapan itu bagaimanapun berkata walaupun Azmin mampu, beliau tidak dipilih oleh kepimpinan parti gabungan itu.

Pada Jumaat, Dr Mahathir mendakwa beliau tidak mahu menjadi perdana menteri tetapi diminta menerima peranan tersebut.

"Semua orang berhak menyatakan pendapat tetapi saya harus menghormati mereka yang menyokong dan mempercayai saya," katanya menjawab kritik terhadap pencalonannya oleh anak perempuan mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo.

Sementara itu Azmin berkata beliau bersedia untuk menawarkan kerusi Parlimen Gombak kepada Dr Mahathir.

Tun M, Azmin Ali, PRU14

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain