suria

Adik Beradik Dipaksa Sepupu Lakukan Seks Oral

Gambar hiasan.

KAJANG: Sepasang adik-beradik lelaki berusia enam dan empat tahun dipaksa melakukan seks oral oleh sepupu mereka berusia 13 tahun awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata bapa kepada mangsa mengetahui insiden tersebut berlaku pada 12 Disember lalu dan membuat laporan polis mengenainya, Jumaat lalu.

"Ibu remaja lelaki tersebut sepatutnya menjaga anak sepupunya itu di rumahnya," kata Ahmad Dzaffir.

Beliau berkata remaja lelaki itu akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang oleh ibu bapanya untuk menyerah diri pada Selasa.

Dalam satu kes berasingan, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dan adiknya yang berusia lapan tahun dicabul oleh rakan bapa mereka.

Insiden dipercayai berlaku di kediaman mangsa di Kajang semasa ketiadaan ibu bapa mereka.

Kedua-duanya ditinggalkan di bawah jagaan lelaki warga Indonesia itu ketika ibu bapa mereka pergi ke luar negara atas urusan perniagaan selama beberapa minggu.

Ahmad Dzaffir berkata remaja perempuan itu mendakwa dia dicabul sejak berusia 13 tahun.

"Dia membuat laporan polis selepas lelaki berusia 56 tahun itu cuba mencabul adiknya," katanya.

Suspek ditahan Jumaat lalu.

seks oral, sepupu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain