suria

Polis Jumpa Seguni Rangka Motosikal

Gambar hiasan.

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan tiga anggota geng curi motosikal termasuk seorang warga Indonesia dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Petani, di sini awal Isnin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu sepasukan polis menyerbu rumah berkenaan sebelum menahan tiga lelaki berusia 25 hingga 30 tahun.

"Semasa serbuan, lelaki berusia 30 tahun yang juga ketua geng curi motosikal itu cuba melarikan diri menerusi pintu belakang sehingga berlaku pergelutan, namun akhirnya dia berjaya ditahan," katanya di sini pada Isnin.

Beliau berkata pemeriksaan awal polis, menemukan satu guni pelbagai rangka motosikal dipercayai yang dicuri geng itu, peralatan untuk mencuri dan pisau.

Selain itu, polis turut merampas satu paket kecil dadah jenis syabu serta satu botol yang diubah suai, dipercayai digunakan untuk menghisap dadah.

Dalam Op Krismas tersebut, polis menahan lelaki yang kelihatan mencurigakan itu dan hasil pemeriksaan, suspek memang dikehendaki kerana terlibat dalam kegiatan curi motosikal," katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki itu juga terlibat dalam beberapa kes samun bersenjata pisau di SPT dan dia kini direman lima hari bagi membantu siasatan. - Bernama

curi motosikal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain