suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerbau ‘Naik’ Porsche

TELUK INTAN: Pelik tapi benar. Seekor kerbau tercampak masuk ke dalam sebuah kereta mewah melalui bumbung suria kenderaan itu dalam kemalangan di Km12, Jalan Changkat Jong di sini, malam Jumaat.

Kerbau tersebut tercampak masuk selepas dilanggar kereta jenis Porsche Cayenne yang dinaiki tiga sekeluarga dalam kejadian kira-kira 9 malam Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak Supt Yahaya Hassan berkata dalam kemalangan itu keluarga terbabit hanya mengalami cedera ringan manakala kereta mereka remuk di bahagian hadapan dan bumbung suria pecah.

Katanya semasa kejadian kenderaan yang dipandu Teoh Sook Hua, 30-an bersama suaminya Pang Fei Jiang, 30-an dan anak mereka Jannice Phang Jing Xuen, 9, sedang dalam perjalanan dari Bandar Teluk Intan menghala ke Langkap.

"Semasa tiba di tempat kejadian pemandu telah melanggar seekor kerbau yang sedang melintas jalan sehingga menyebabkan haiwan berkenaan melambung ke bumbung dan mati di tempat kejadian.

"Semua mangsa yang cedera ringan dibawa mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Anson Bay. Siasatan masih diteruskan," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Yahaya dalam pada itu meminta penternak haiwan peliharaan agar menjaga ternakan masing-masing dan tidak membiarkan haiwan mereka bebas bergerak sehingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya. - BERNAMA

Porsche Cayenne, kerbau

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

‘Jatuh Cinta Dengan Sepana’

Artikel Lain