Kesihatan Iman Pulih Sedikit - Semasa | mStar

Kesihatan Iman Pulih Sedikit

KOTA KINABALU: Iman, satu-satunya badak sumbu betina yang hidup dalam peliharaan di Malaysia dan sedang bergelut dengan penyakit tumor dalam rahim, menunjukkan kesihatan yang bertambah baik sedikit pada Jumaat walaupun keadaannya masih lagi serius, kata Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga.

Menurutnya, walaupun Iman berupaya makan dan minum lebih banyak sehari sebelumnya, haiwan itu masih perlu makan dan minum lebih banyak lagi bagi memulihkan tenaganya.

“Ia terbaring dari 11 malam tadi hingga kira-kira 6 pagi ini. Ia makan 200 gram daun sekitar 7.30 pagi dan minum air kosong serta air yang dicampur dengan vitamin dan mineral.

“Ia berjalan dan berdiri di tempatnya bermalam serta sekali-sekala duduk bertopangkan sternumnya. Pada sebelah petang, ia makan 1.5 kilogram daun dan minum air,” kata Tuuga dalam kenyataan di sini malam Jumaat.

Beliau berkata, veterinawan yang menjaga haiwan itu di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memberi infusi ubat dan suplemen sebanyak 11 liter serta antibiotik, ubat tahan sakit, Vitamin K, Ranitidine bagi mengurangkan asid gastrik dan Diazepam bagi merangsang seleranya.

Menurut beliau, pendarahan masih berlaku, tetapi kurang berbanding Khamis dan haiwan itu masih belum mengeluarkan bunyi.

“Kami perlu menilai keadaannya setiap hari. Kami harap esok akan lebih baik daripada hari ini,” katanya.

Iman dikesan menghidap tumor ‘uterine leiomyoma' apabila ia mula mengalami pendarahan pada 14 Dis.

Haiwan itu adalah satu-satunya badak sumbu betina yang hidup dalam peliharaan di negara ini setelah kematian Puntung kira-kira enam bulan lepas akibat barah. - Bernama

Iman , badak sumbu

Artikel Sebelum

Pasukan Khas Siasat Kes Felda Ditubuh

Artikel Berikut

Remaja Perempuan Lemas Di Air Terjun Langkawi

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain