Penjara 5 Hari Jadi 10 Tahun - Semasa | mStar

Penjara 5 Hari Jadi 10 Tahun

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menambah hukuman penjara terhadap empat remaja berusia 16 dan 17 tahun daripada lima hari kepada masing-masing lima tahun dan 10 tahun atas kesalahan merogol berkumpulan terhadap seorang gadis berusia 13 tahun, tahun lepas.

Tiga daripada remaja itu dihukum penjara 10 tahun manakala seorang lagi lima tahun kerana melakukan seks luar tabii terhadap mangsa.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah membuat keputusan itu selepas  membenarkan rayuan pendakwaan yang tidak berpuas hati terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Kanak-Kanak terhadap empat remaja lelaki itu pada 20 Mac 2017.

Mahkamah memerintahkan hukuman pemenjaraan itu berkuat kuasa pada Khamis dan mereka dihantar ke Penjara Kajang.

Selepas hukuman dijatuhkan kesemua remaja lelaki itu yang berada di dalam kandang tertuduh dan ahli keluarga mereka yang berada di tempat duduk awam kelihatan menangis.

Mohamad Shariff berkata semua pengakuan salah yang dibuat oleh remaja itu sebelum ini adalah pengakuan tanpa syarat dan sah di sisi undang-undang.

Dalam penghakimannya,  hakim itu menyifatkan perbuatan remaja itu sangat memalukan dan jijik sehingga menimbulkan kesan trauma dan fobia kepada mangsa sepanjang hidupnya.

“Mahkamah bersimpati kepada kamu kerana kamu masih muda, tetapi dalam kes ini mahkamah perlu mengambil kira faktor kepentingan awam dan mahkamah lebih bersimpati kepada mangsa. Masyarakat turut mengutuk tindakan yang dilakukan oleh kamu, saya harap kamu semua bertaubat,”katanya.

Pada 20 Mac 2017, Mahkamah Majistret Kanak-Kanak menjatuhkan hukuman penjara lima hari terhadap kempat-empat remaja itu selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Tiga remaja itu didakwa bersama-sama merogol berkumpulan terhadap gadis berusia 13 tahun sembilan bulan di kawasan semak  di Jalan Prima Pelangi 5, Sentul , di sini pada jam 4 pagi, 7 Dis 2016. - Bernama

rogol

Artikel Sebelum

Nekad Larikan Diri

Artikel Berikut

MB Johor Jawab Isu Rasuah Isnin Ini

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain