Musang King Bakal Tembusi Pasaran China - Semasa | mStar

Musang King Bakal Tembusi Pasaran China

RAUB: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasar durian Musang King segar tempatan untuk menembusi pasaran China dalam tempoh terdekat sekali gus bakal menjadikan negara itu sebagai negara pengimport terbesar buah tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sebelum ini durian dari Malaysia memasuki pasaran negara itu menerusi negara ketiga termasuk Singapura dan Hong Kong dengan harga yang mencecah ratusan ringgit untuk setiap kilogram.

Kementerian bakal mengadakan satu program promosi durian di China pada 3 dan 5 November depan. Kita berharap acara itu akan menjadi platform untuk menembusi dan memperluaskan pasaran di negara tersebut selain produk hiliran berasaskan buah itu.

"Sekiranya ia berlaku dan membuahkan kejayaan yang besar, ini akan membuka ruang kepada 800,000 pengusaha dan penanam durian di negara ini untuk melonjakkan pendapatan mereka sekali gus menjadikan durian sebagai sumber kekayaan baharu negara," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis penanaman Musang King ke 500,000 di Kluster Durian Raub, di Kampung Pamah Rawa, Ulu Dong di sini Ahad.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Koperasi dan Kepenggunaan negeri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Dong, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin dan Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek.

Pada masa sama, Ahmad Shabery juga meminta Jabatan Pertanian mempertingkatkan keupayaan teknologi dalam pengeluaran Musang King bagi memastikan buah yang dihasilkan bermutu tinggi dan menepati kehendak pasaran antarabangsa.

Ia termasuk memperkenalkan penanda persijilan untuk setiap durian yang dieksport bagi memastikan pembeli mendapat maklumat yang tepat tentang gred dan tempat ia dikeluarkan.

"Kita juga akan membangunkan satu aplikasi khas bagi menanda Musang King serta durian jenis lain yang dijangka siap Disember ini untuk kemudahan bagi mengeksport raja buah itu ke China dan negara lain pada masa akan datang.

"Durian kini dianggap sumber kekayaan baharu maka kita perlu pastikan kualiti penanaman, pembungkusan, pelabelan dan pemasaran berada pada tahap tertinggi dan ia memerlukan kerjasama semua pihak," katanya.

Ahmad Shabery berkata, hingga 2016 keluasan penanaman durian di seluruh negara ialah 66,000 hektar dengan pengeluaran sebanyak 302,000 metrik tan dan hingga kini terdapat sebanyak 204 jenis durian didaftarkan bawah Jabatan Pertanian.

Di Raub sahaja terdapat 370 pengeluar dan penanam durian membabitkan keluasan tanaman 11,152.69 hektar di tujuh mukim di Batu Talam, Dong, Gali, Hulu Dong, Sega dan Semantan Hulu dan Tras. - Bernama

Musang King

Artikel Sebelum

Pemandu Lori Direman Tiga Hari

Artikel Berikut

Pasangan Kekasih Dihukum Gantung

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain