suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi Tahfiz: Polis Guna Dron Rakam Gambar Lokasi

Pasukan forensik tiba di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah untuk meneruskan siasatan pada Selasa.

KUALA LUMPUR: Polis meneruskan siasatan terhadap tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini dengan menggunakan dron bagi merakaman lokasi kebakaran dari udara.

Menurut sumber,  dron yang dikendalikan Pasukan Gerakan Udara Bukit Aman itu diterbangkan dari belakang pusat tahfiz tersebut pada 11 pagi Selasa.

"Teknologi ini diperlukan pasukan forensik polis bagi merakamkan visual lokasi kejadian dari pelbagai sudut untuk siasatan," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Terdahulu, kira-kira 10 anggota dan pegawai pasukan forensik polis tiba di pusat tahfiz itu bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes kebakaran tersebut.

Tinjauan Bernama mendapati  kawasan berkenaan masih dikawal rapi dengan penempatan balai polis bergerak selain terus menerima  kunjungan orang ramai.

Pada awal pagi Khamis lepas,  21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden di pusat tahfiz itu maut selepas terperangkap dalam kebakaran di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat berkenaan.

Susulan kejadian, polis menahan reman  tujuh  remaja yang disyaki terbabit dalam perbuatan khianat membakar pusat tahfiz tersebut.

Tahfiz

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain