suria

Peserta Larian #AnakAnakMalaysia Dinasihat Bawa Payung, Baju Hujan

PETALING JAYA: Peserta #AnakAnakMalaysia Walk pada pagi Ahad dinasihatkan untuk membawa payung dan baju hujan sebagai langkah persediaan jika hujan turun.

Laman ramalan kaji cuaca telah meramalkan cuaca hujan sepanjang berlangsungnya acara jalan kaki lima kilometer esok, yang dijadualkan bermula pukul 7.30 pagi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Oleh itu, para peserta diingatkan untuk sentiasa bersedia dengan keadaan cuaca kini yang tidak menentu dan terus berjalan jika hujan tidak lebat demi menunjukkan semangat perpaduan rakyat Malaysia.

"Kami mahu para peserta AAMW bersiap sedia, tetapi saya yakin kita semua akan bangkit dan berjalan untuk perpaduan, hujan tidak akan menghalang kita.

"Lebih 6,000 orang akan berjalan dalam acara tahun ini, ia akan menjadi yang terbesar dalam siri AAMW. Hujan atau tidak, kita semua akan berjalan sebagai satu bangsa dan negara," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Star Media Group Datuk Seri Wong Chun Wai.

Lebih 6,000 peserta dijangka menghadiri acara jalan kaki tahun ini yang diadakan untuk tahun kedua.

#AnakAnakMalaysia Walk merayakan kepelbagaian Malaysia dan mempromosikan perpaduan dan kefahaman dalam kalangan rakyatnya.

Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan datang, Star Media Group dan EcoWorld menjemput semua rakyat Malaysia untuk berjalan bersama-sama sebagai satu negara yang dalam suasana harmoni.

Peserta dinasihatkan untuk tiba di tempat tersebut pada pukul 6.30 pagi kerana jalan raya akan ditutup secara berperingkat bagi memberi laluan kepada acara ini berlangsung.

AAM Walk, Hari Kebangsaan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain