suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

19 RUU diluluskan dalam Dewan Negara

Datuk Seri Azalina Othman Said. - Sinar Harian

SHAH ALAM: Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-13 ditangguhkan pada Selasa dengan meluluskan 19 Rang Undang-Undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sri Azalina Othman Said berkata, antara yang menjadi tumpuan rakyat adalah Rang Undang-Undang Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-Undang Bantuan Guaman (Pindaan) 2017.

“Penglibatan yang aktif di kalangan Ahli-Ahli Dewan Negara menunjukkan Dewan yang mulia ini meneruskan proses semak dan imbang dalam penggubalan Undang-Undang.

“Walaupun bersidang dalam enam hari, komitmen yang ditunjukkan dalam perbahasan setiap Rang Undang-Undang amat membanggakan,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Beliau berkata, suasana ini menunjukkan sistem demokrasi berparlimen terus subur dan dimartabatkan.

“Terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Dewan Negara yang mengambil bahagian dalam perbahasan dan menyatakan komitmen dalam meluluskan 19 Rang Undang-Undang ini.

“Rang Undang-Undang yang telah diluluskan, akan dikemukakan kepada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sebelum diwartakan,” ujarnya.

Antara 19 Rang Undang-Undang yang diluluskan adalah; Rang Undang-Undang Bantuan Guaman (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Pindaan) 2017,  Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Bantuan Guaman (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-Undang Akses Kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017, Rang Undang-Undang Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2017.

Turut diluluskan, Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017, Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Pindaan) 2017. - Sinar Harian

Rang Undang-Undang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

'Si Manis' Jalur Gemilang

Artikel Lain