suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isa Samad Bebas Reman

PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dibebaskan selepas ditahan reman lima hari susulan siasatan rasuah melibatkan urusniaga pembelian hotel.

Pendaftar mahkamah, Datuk Zainal Abidin Kamarudin memerintahkan pembebasan Isa dengan jaminan Rm150,000 serta dua penjamin.

Mohd Isa, 68 tiba Kompleks Mahkamah di sini pada pukul 9.45 pagi menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) hitam.

Ahli keluarga, rakan dan penyokongnya melaungkan "Hidup Tan Sri!" berulang kali itu berkumpul di pekarangan kompleks berkenaan. Turut hadir isterinya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid.

Mohd Isa yang berbaju oren kelihatan tidak bergari itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 15 Ogos lalu.

Penahanannya bagi membantu siasatan kes pembelian dua hotel oleh anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation (FIC) di London dan Kuching.

Isa Samad, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain