Mesej, Video Wanita Dakwa Diculik Tidak Benar - Semasa | mStar

Mesej, Video Wanita Dakwa Diculik Tidak Benar

KUALA LUMPUR: Mesej dan video tular di media sosial yang mendakwa seorang wanita diculik sekumpulan lelaki di Jalan Sultan Ismail di sini, adalah tidak benar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata wanita warga Indonesia berusia 23 tahun itu merupakan suspek kes curi di Gombak.

"Wanita berkenaan (pembantu rumah) ditangkap oleh majikan lamanya dan diserahkan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak... kini mangsa ditahan di IPD Gombak," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Beliau berkata wanita berkenaan disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Rakaman kejadian pada Selasa (semalam) berdurasi 1 minit 22 saat yang tersebar di laman sosial hari ini (Rabu) memaparkan seorang wanita berjalan dengan seorang lelaki, dan kemudiannya dibawa menaiki sebuah kereta oleh sekumpulan lelaki.

Wanita berkenaan cuba melarikan diri, namun ditangkap oleh lelaki berkenaan.  - BERNAMA

video culik , PDRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kalimah Allah Pada Alat Mainan

Artikel Berkaitan

Ganja Bernilai RM1 Juta Dirampas

SPRM Sedia Beri Kerjasama

Lebih Artikel