suria

Dua Penjenayah Asing Ditembak Mati

KOTA BHARU: Polis Kelantan menumpaskan empat penjenayah warga asing dengan dua daripadanya ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Salor Baru di sini , malam Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata dalam kejadian pukul 10 malam tadi, kereta yang dinaiki suspek dikatakan terserempak dengan polis di Wakaf Che Yeh di sini, sebelum mereka bertindak memecut kenderaan melarikan diri.

"Bagaimanapun, polis mengejar kereta suspek kira-kira lima kilometer dari Wakaf Che Yeh sehingga ke Jalan Salor Baru sebelum kenderaan penjenayah memasuki satu lorong dan berlaku kejadian berbalas tembakan," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Mohamad Fakri berkata dalam kejadian itu, dua penjenayah ditembak mati di lokasi kejadian, manakala dua rakan mereka berjaya lagi ditahan.

Katanya, daripada pemeriksaan rekod polis, mendapati empat penjenayah itu terbabit dalam kes samun bank dan memiliki lapan rekod jenayah lampau serta dikehendaki polis.

"Mayat kedua-dua suspek dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini untuk bedah siasat," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata polis akan membuat siasatan lanjut berkaitan kes terbabit.

Tembak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain