suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mufti Wilayah Minta Maaf?

Gambar Mufti Wilayah Persekutuan membonceng motosikal di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA: Mufti Wilayah Persekutuan memohon maaf kepada agensi penguatkuasa kerana membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi kenyataan di Facebooknya menjelaskan, insiden itu berlaku kerana beliau terlibat dalam program cerapan anak bulan Ramadan di Menara Kuala Lumpur pada Jumaat petang.

“Mungkin ada yang ternampak kami membonceng motosikal tanpa memakai helmet sebentar tadi. 

“Memandangkan jalan raya agak sesak dan tidak mahu menyusahkan penganjur dan kelancaran majlis dek terperangkap dalam jalan raya, keputusan diambil untuk membonceng motosikal ini,” katanya yang mengenakan serban di kepalanya.

Zulkifli turut memuat naik gambar dari arah belakang yang menunjukkan beliau membonceng motosikal, dipercayai dirakamkan oleh orang awam. 

Sehubungan itu, Mufti Wilayah Persekutuan itu memohon maaf kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas tindakan tidak memakai topi keledar.

“Diharapkan tidak timbul salah faham di atas tindakan yang telah dilakukan,” kata Zulkifli.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain