suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegawai Guan Eng Ditampar Depan Masjid

PETALING JAYA: Seorang bekas pegawai tentera yang kini bertugas di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang ditampar peserta perhimpunan yang berlangsung di depan sebuah masjid pada Jumaat petang.

Zaidi yang juga bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditampar peserta himpunan membantah campur tangan kerajaan Pulau Pinang pada kira-kira pukul 2.30 petang di Masjid Simpang Enam, George Town.

Kejadian melibatkan pegawai penerangan kepada Lim Guan Eng itu berlaku ketika bekas ketua pemuda PAS negeri itu, Mohamed Hafiz Nordin sedang menyampaikan ucapan.

Difahamkan, Zaidi membuat provokasi ketika Mohamed Hafiz yang kini mengetuai Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) sedang berucap pada perhimpunan itu.

Beberapa peserta perhimpunan itu dikatakan cuba menghalang perbuatan Zaidi itu bagaimanapun salah seorang daripada mereka menjadi berang dan menampar pegawai Guan Eng itu.

Bagaimanapun, kekecohan yang berlaku itu dapat dikawal dengan bantuan anggota polis yang berada di tempat kejadian.

Susulan itu juga, perhimpunan berkenaan tamat kira-kira 10 minit kemudian.


Guan Eng, Zaidi Ahmad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mufti Wilayah Minta Maaf?

Artikel Lain