suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun Abdul Rahman Dilantik Semula YDP Pulau Pinang

Tun Abdul Rahman Abbas pada istiadat pengurniaan suratcara pelantikan di Istana Negara, Jumaat. fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Tun Abdul Rahman Abbas pada Jumaat dilantik semula sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang untuk penggal ketujuh.

Abdul Rahman, 79, menerima Surat Cara Pelantikan bagi tempoh empat tahun daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam istiadat di Istana Negara di sini.

Ia dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri S. A. Vigneswaran dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Dilahirkan pada 15 April 1938 di Kampung Permatang Rambai, Kepala Batas, Pulau Pinang, Abdul Rahman mula dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada 2001.

Beliau dilantik semula ke jawatan sama pada 2005, 2009, 2011, 2013 dan 2015.

Beliau yang mempunyai ijazah kepujian dalam bidang Kesusasteraan daripada Universiti Malaya (UM) pada 1972, pernah menjadi pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang selama tiga tahun bermula pada 1982. - BERNAMA 

Artikel Lain