suria

Isu Sewa Rumah: Johari Ghani Tampil Perjelas Idea

KUALA LUMPUR: Konsep menyewa penginapan untuk jangka panjang merupakan antara idea yang boleh dipertimbangkan oleh rakyat Malaysia bagi perumahan keluarga, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Katanya beliau telah salah digambarkan dalam video pendek oleh portal dalam talian, sebagai menggesa rakyat Malaysia supaya tidak membeli rumah, sebaliknya menggalakkan mereka untuk terus menyewa.

"Saya hanya menyuarakan idea mengenai penyewaan rumah atau penginapan rakyat sehinggalah mereka sudah benar-benar bersedia untuk mengambil tanggungjawab kewangan yang besar itu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Johari berkata matlamat akhirnya ialah rakyat Malaysia perlu menilai sendiri gaya hidup mereka untuk melihat cara terbaik untuk menjadi sebahagian daripada kemajuan negara.

"Bagi kerajaan, kami akan terus menggalakkan pemaju membina lebih banyak rumah mampu milik dan menjayakan konsep bina dan milik," katanya menurut laporan Bernama.

Beliau juga menjelaskan bahawa tidak ada stigma penyewaan penginapan untuk  keluarga bagi sepanjang hayat seseorang, kerana mereka tidak akan dibebani kewangan untuk membayar balik jika memiliki rumah.

Sudah menjadi budaya dalam kalangan rakyat apabila mula bekerja, sudah pasti melalui dua beban kewangan yang besar, iaitu pembelian kereta dan rumah.

"Walaupun komitmen kewangan untuk kereta sehingga sembilan tahun, bayaran  rumah boleh berlarutan sehingga 30 tahun.

Rakyat Malaysia terlalu mengikat diri mereka kepada beban kewangan sejak  peringkat awal kehidupan mereka, sedangkan sepatutnya mereka benar-benar dan ideal perlu menumpukan perhatian kepada membangunkan kerjaya," kata Johari.

Beliau memetik contoh negara maju di Eropah, di mana peratusan pemilikan rumah jauh lebih rendah berbanding di Malaysia, memandangkan minda pemikiran budaya yang berbeza.

Di Jerman, peratusan penduduk yang memilik rumah hanya 41 peratus, manakala di Switzerland angkanya lebih rendah pada 38 peratus.

"Jika kita ingin merealisasikan aspirasi TN50, sebahagian daripada proses itu kita perlu, mengubah pandangan hidup dan cara kita bertindak," katanya.

Johari Abdul Ghani

Artikel Lain