Tidak Perlu Perbesar Isu Penahanan Siti Noor Aishah - Nur Jazlan - Semasa | mStar

Tidak Perlu Perbesar Isu Penahanan Siti Noor Aishah - Nur Jazlan

JOHOR BAHRU: Kementerian Dalam Negeri meminta semua pihak tidak memperbesarkan isu penahanan Siti Noor Aishah Atam dan menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan.

Timbalan Menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata jika Siti Noor Aishah yang ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) didapati tidak bersalah, bekas pelajar Universiti Malaya itu akan dibebaskan.

"Polis tidak akan menahan mana-mana orang sekiranya mereka langsung tidak terlibat dengan aktiviti yang didapati cenderung kepada kegiatan keganasan.

"Dalam kes Siti Noor Aishah ini, dia akan dinilai sama ada betul-betul terlibat dengan keganasan atau tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Mini #KitaPulai di Permatang Kempas, di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai penahanan semula Siti Noor Aishah, 29, di bawah Sosma pada 27 Mac lepas dan kini ditempatkan di Penjara Kajang.

Penahanan yang dilakukan ketika Siti Noor Aishah hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu adalah susulan rayuan oleh Timbalan Pendakwa Raya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan wanita tersebut pada September lepas.

Pada Mac tahun lepas, Siti Noor Aishah ditahan buat pertama kali di bawah Seksyen 130JB Kanun Keseksaan dan Sosma kerana memiliki 12 buku yang didakwa berkaitan kumpulan pengganas.

Nur Jazlan yang juga Anggota Parlimen Pulai, turut menyelar tindakan pembangkang yang mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dengan tampil cuba memperjuangkan kes itu.

"Tidak perlu adanya pembangkang yang konon-kononnya mahu membela Siti Noor Aishah sedangkan mereka ini (pembangkang) membelanya dengan cara tidak jujur.

Inilah cara pembangkang yang mahu meraih undi rakyat," katanya.

Sementara itu, Nur Jazlan turut menasihati rakyat di negara ini agar tidak terlibat dengan penyebaran mesej berunsurkan aktiviti pengganas melalui laman sosial seperti Facebook atau aplikasi WhatsApp.

"Polis sentiasa pantau setiap perhubungan yang berlaku. Orang asal yang hantar, dia pandai 'tutup diri' (untuk elak dikesan polis) dan yang ditahan pula orang kedua atau ketiga yang didapati terlibat memanjangkan mesej itu," katanya. -- Bernama


Nurjazlan , Siti Noor Aishah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?