Najib Tepati Janji Bawa Pulang Rakyat M'sia Dari Korea Utara - Semasa | mStar

Najib Tepati Janji Bawa Pulang Rakyat M'sia Dari Korea Utara

Najib
Najib Tun Razak.

SEPANG: Datuk Seri Najib telah menunaikan janjinya untuk membawa pulang sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang meninggalkan Pyongyang, Korea Utara, sejak 7 Mac lepas.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata pada awal episod malang ini, perdana menteri telah berjanji kepada kakitangan kedutaan dan ahli keluarga masing-masing yang bimbang dengan keselamatan mereka.

Katanya, Najib juga berjanji bahawa kerajaan Malaysia akan melakukan apa sahaja yang sebaik mungkin untuk membawa mereka kembali dan akan menggunakan setiap sumber dan usaha bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka.

"Perdana Menteri terlibat secara langsung dan mengikuti setiap langkah secara dekat dalam proses rundingan sehingga membawa kepada pelepasan sembilan rakyat Malaysia.

"Hari ini, janji ini telah dipenuhi," katanya pada sidang media selepas menyambut kepulangan sembilan rakyat Malaysia di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pagi Jumaat. 

Anifah juga melahirkan penghargaannya kepada perdana menteri atas keprihatinan beliau, bimbingan, kepimpinan dan yang paling penting penglibatan peribadinya.

"Kejayaan ini adalah bukti apa yang boleh dicapai oleh Malaysia jika kita semua bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan sehingga membuahkan hasil kepada episod ini, "katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Najib atas kepercayaan beliau terhadap Wisma Putra untuk memimpin rundingan dengan Korea Utara.

Dengan berbuat demikian, beliau berkata Najib telah meletakkan kepercayaan kepada Kementerian Luar dalam pendekatan diplomasi.

"Alhamdulillah, saya gembira bahawa kami tidak mengecewakan kepercayaan Najib dalam menguruskan isu dengan kaedah diplomasi yang terbaik.

"Saya telah menyatakan bahawa tidak ada pengganti untuk diplomasi dan perlu bertenang dalam menangani situasi ini dan faktor ini telah berhasil untuk Malaysia," katanya.

Katanya, kejayaan ini bukan hasil usaha Wisma Putra semata-mata malah melibatkan kerjasama setiap jentera kerajaan.

Berikutan kejayaan membawa pulang kakitangan kedutaan Malaysia di Pyongyang, Anifah berkata, Malaysia sudah menarik balik larangan keluar kepada rakyat Korea Utara di Malaysia dengan serta merta.

Menurutnya, tindakan itu susulan daripada penghantaran pulang mayat Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, ke negara asal seperti diminta waris mendiang.

Rakyat Malaysia yang pulang ialah pembantu peribadi duta besar, Noor Saaidah Jamaluddin, 29; suaminya Mohd Radzuan Othman, 29, serta bayi mereka Mohamad Radhiy berusia lapan bulan; S. Nirmala Malar Kodi, 45, (Pegawai Tadbir); Mohd Nor Azrin Md Zain, 37, (Kaunselor), isterinya, Iza Karmila Ramli, 35, serta tiga anak iaitu Annur Zulaikha, 6, Aynor Zhafirah, 5, dan Ayscha Zinnirah, 3.

Ketegangan hubungan antara Malaysia dan Korea Utara timbul selepas Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol diarahkan pulang kerana mengkritik pihak berkuasa Malaysia berhubung penyiasatan pembunuhan Jong-nam.

Jong-nam, 46, dibunuh menggunakan agen saraf VX, oleh dua wanita asing  semasa menunggu penerbangan ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2), pada 13 Februari lepas. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain