suria

Malaysia Tidak Putus Hubungan Dengan Korea Utara - PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

CHENNAI: Malaysia tidak memutuskan hubungan dengan Korea Utara setelah republik itu memenuhi tuntutan-tuntutan yang ditetapkan dalam proses rundingan sehingga membawa kepada pelepasan sembilan rakyat Malaysia yang menjadi tahanan di Pyongyang sejak lebih sebulan lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun berdepan kesukaran namun penyelesaian yang dicapai berjaya memenuhi dua objektif rundingan yang ditetapkan kerajaan.

Kedua-dua objektif itu ialah memastikan keselamatan kesemua sembilan rakyat yang ditahan dan menjamin soal kedaulatan negara tidak diketepikan oleh sesiapapun.

"Oleh itu, kita harap Korea Utara jangan lagi buat angkara seperti ini lagi kerana ia boleh memudaratkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara," katanya ketika bercakap kepada wartawan Malaysia di hujung lawatan dua harinya di Chennai, yang berakhir Jumaat.

Perdana menteri kini sedang dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke India, dan akan berangkat ke New Delhi lewat petang ini.

Artikel Lain