suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dego Ride Tidak Dibenar Operasi Demi Keselamatan Penunggang, Pembonceng

GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR: Teksi motosikal atau Dego Ride tidak dibenarkan beroperasi di jalan raya negara ini kerana faktor keselamatan penunggang dan pembonceng.

Kementerian Pengangkutan menyatakan analisis Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati risiko pengguna motosikal terlibat dalam kemalangan maut dan kemalangan yang mengakibatkan cedera parah adalah 42.5 kali lebih tinggi berbanding bas dan 16 kali lebih tinggi berbanding kereta.

Statistik 2016 menunjukkan 62 peratus daripada 7,152 mangsa yang terkorban di jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. 

"Penggunaan Dego Ride akan mengakibatkan lebih ramai pengguna jalan raya terdedah kepada risiko kemalangan maut dan kecederaan parah.

"Oleh itu atas faktor-faktor keselamatan penunggang dan pembonceng motosikal, Kementerian Pengangkutan memutuskan untuk tidak membenarkan Dego Ride beroperasi di jalan raya," kata kementerian itu dalam jawapan bertulis kepada Chua Tian Chang (PKR-Batu) di Dewan Rakyat pada Khamis.

 Chua meminta kementerian menjelaskan mengapa Dego Ride tidak dibenarkan untuk beroperasi tanpa kelulusan manakala GrabCar dibenarkan beroperasi walaupun menunggu SPAD menyediakan panduan dan pindaan undang-undang. - BERNAMA

Dego Ride

Artikel Lain