suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keputusan Kes Ibu Tampar Guru 8 Mac Ini

NIBONG TEBAL: Mahkamah Majistret di sini menetapkan 8 Mac untuk keputusan kes seorang ibu berusia 35 tahun yang menampar guru di sebuah sekolah di Sungai Bakap.

Tan Seow Yen didakwa menampar guru sekolah rendah anaknya, L.Vanitha, 38 di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Chong Kuang di Sungai Bakap pada kira-kira pukul 5.15 petang pada 2 Februari 2015.

Majistret Shamsol Azwa Martadza menetapkan tarikh berkenaan.

Vanitha yang mengajar Bahasa Malaysia untuk kelas anak Seow Yen telah dipindahkan ke sekolah lain susulan kejadian itu.

Kesalahan yang dilakukan disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

Jika bersabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Lima saksi pendakwaan dan dua di pihak pembelaan akan memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Afiq Nazrin Zaharinan akan mengendalikan kes bagi pihak pendakwa, manakala Seow Yen diwakili peguam, Mohd Ismail Mohamed.

Sungai Bakap, Vanitha

Artikel Sebelum

Artikel Lain