suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sultan Johor Tidak Keluar Arahan Larang Kanak-Kanak Berkeliaran Malam

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar tidak mengeluarkan sebarang arahan berhubung kanak-kanak bawah 18 tahun tidak dibenarkan berkeliaran tanpa pengawasan orang dewasa selepas 10 malam.

Sultan Ibrahim menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook rasmi baginda hari ini menyangkal adanya arahan kononnya daripada baginda yang tular di media sosial sejak Ahad.

"Sultan Ibrahim menyangkal dan menolak kenyataan palsu yang sedang disebarkan di media sosial. Harap maklum bahawa pihak Istana tidak mengeluarkan arahan terbabit," menurut kenyataan itu.

Semalam, terdapat kenyataan yang tular di media sosial mendakwa arahan terbaru Sultan Johor tidak membenarkan kanak-kanak bawah 18 tahun berkeliaran tanpa pengawasan orang dewasa selepas pukul 10 malam, berikutan tragedi yang menimpa lapan remaja berbasikal Sabtu lepas.

Kenyataan terbabit turut mendakwa sekiranya arahan berkenaan tidak dipatuhi, kanak-kanak itu dan ibu bapa mereka akan diarahkan menjalani sesi kaunseling selama dua bulan serta ibu bapa terbabit mungkin akan dipenjara atau disaman kerana gagal mengawal tingkah laku anak masing-masing.--Bernama

Sultan Johor, Facebook

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Han-sol Tiba Di KL Malam Ini

Artikel Lain