suria

Polis Tumpaskan Kegiatan Edar Syabu Guna Kanak-Kanak

SANDAKAN: Polis menumpaskan kegiatan pengedaran syabu menggunakan kanak-kanak berikutan penahanan tiga bersaudara dan merampas syabu seberat 1.05 kilogram di Flat Majlis Perbandaran Sandakan Karamunting Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Haminberkata seorang wanitaberusia 37 tahun ditahan bersama remaja perempuan berusia 15 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang ketiga-tiganya mempunyai pertalian saudara.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Sandakan membuat intipan dan tugas risikan dadah, di sebuah blok flat itu pada pukul 5 petang.

Menurutnya mereka ternampak ketiga-tiga perempuan itu berada dalam keadaan mencurigakan sambil memegang satu plastik berwarna hitam.

Ketiga-tiganya ditahan dan hasil pemeriksaan menemui ketulan hablur disyaki dadah jenis syabu dalam plastik hitam itu, katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan di sini. 

Azhar berkata syabu seberat 1,050 gram atau 1.05 kilogram itu dianggarkanbernilai RM70,000.

Katanya siasatan awal mendapati modus operandi adalah menggunakan kanak-kanak dalam menjalankan kegiatan pengedaran syabu dan kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -Bernama

Syabu, kanak-kanak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain