suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja Wanita Ditahan Miliki Syabu

Gambar hiasan syabu.

LABUAN:  Polis menahan seorang remaja wanita kerana memiliki dadah dipercayai syabu di hadapan sebuah hotel di Jalan Muhibbah, pada Khamis.

Suspek berusia 19 tahun dari Kampung Patau-Patau 2 di sini ditahan kerana memiliki 53.97 gram syabu pada kira-kira pukul 11.30 malam selepas polis mendapat maklumat daripada orang ramai.

Ketua Polis Daerah Labuan, Supt Adzhar Othman berkata suspek bersendirian dalam kereta jenis Perodua Viva yang disewanya ketika ditahan dan secara sukarela menyerahkan dadah itu kepada polis.

"Kami percaya dadah berkenaan bernilai lebih daripada RM6,000. Kami menyiasat daripada pelbagai sudut sama ada remaja itu terlibat dalam pengedaran atau penyalahgunaan dadah," katanya kepada Bernama.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain