suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Dilanggar ETS Di Nibong tebal

NIBONG TEBAL: Mayat seorang lelaki ditemui dengan kepalanya terputus dipercayai dilanggar kereta api di Perkampungan Jawi, Sungai Bakap di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafee Abdul Samad berkata mayat tanpa sebarang pengenalan diri itu ditemui penduduk yang tinggal berdekatan kawasan itu pada pukul 5 petang.

"Menurut saksi, mangsa dipercayai maut dilanggar Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) di Kilometer 29.25 landasan berkenaan menghala arah selatan," katanya di sini Khamis.

Katanya polis yang menjalankan siasatan dan pemeriksaan di tempat kejadian menemui kepala mangsa berada 10 meter dari lokasi mayat ditemui.

Beliau berkata terdapat kesan koyak pada pagar di kawasan landasan itu dan dipercayai ia dijadikan sebagai laluan pintas antara Perkampungan Jawi dan Kampung Titi Hitam.

Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan orang ramai yang kehilangan anggota keluarga diminta hadir ke hospital itu atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membuat pengecaman, katanya.
ETS, putus kepala, Nibong Tebal

Artikel Sebelum

Artikel Lain