Kerajaan Keluarkan E-Kad Untuk Majikan Mohon Penggajian Semula Pati Secara Sah - Semasa | mStar

Kerajaan Keluarkan E-Kad Untuk Majikan Mohon Penggajian Semula Pati Secara Sah

Mustafar Ali.

SHAH ALAM: Kerajaan bersetuju untuk mengeluarkan kad sementara atau Enforcement Card (E-Kad) bagi membolehkan majikan membuat permohonan penggajian semula Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) secara sah.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata, permohonan E-Kad yang berfungsi sebagai pengesahan sementara bagi menggantikan dokumen perjalanan sah, akan dibuka bermula 15 Februari sehingga 30 Jun depan, di semua pejabat Imigresen di Semenanjung Malaysia.

"Program ini terbuka hanya kepada Pati di Semenanjung Malaysia dan hanya kepada mereka yang mempunyai majikan tergolong dalam lima sektor ekonomi yang telah ditetapkan.

"Dianggarkan antara 400,000 hingga 600,000 Pati akan mengambil peluang berdaftar dalam program ini, yang sekaligus diharap dapat atasi masalah kekurangan tenaga kerja asing yang dihadapi sektor ekonomi berkenaan," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di Pejabat Imigresen Selangor di sini Selasa.

Lima sektor ekonomi yang telah dikenalpasti memerlukan pekerja asing adalah sektor pembinaan, perladangan, perkhidmatan, perkilangan dan pertanian.

Pada 17 Januari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperoleh kebenaran dari Jabatan Peguam Negara untuk mengeluarkan kad sementara kepada Pati yang bermajikan.

Mengulas lanjut, Mustafar berkata, Jabatan Imigresen tidak menggunakan perkhidmatan orang tengah atau agen dalam permohonan E-kad ini.

Beliau berkata majikan dan pekerja asing perlu hadir di mana-mana pejabat Imigresen bersama dokumen yang diperlukan dan kad berkenaan adalah percuma.

"Antara syarat kelayakan Pati ke dalam program ini adalah Pati mesti mempunyai majikan, tidak mempunyai rekod jenayah, rakyat dari negara sumber yang dibenarkan, tiada kes lari dari majikan dan lulus pemeriksaan kesihatan.

"Antara syarat bagi majikan pula, mereka mesti di bawah sektor dan sub sektor yang dibenarkan sahaja, tidak tersenarai dalam senarai digantung urusniaga atau senarai hitam KDN dan Imigresen," katanya.

Menurut Mustafar, E-Kad berkenaan hanya sah sehingga 15 Februari tahun hadapan dan dalam tempoh itu Pati serta majikan perlu mendapatkan pasport dan dokumen perjalanan yang sah dari kedutaan masing-masing bagi tujuan pemutihan.

Tambah beliau, selepas tarikh berkenaan tiada lagi tempoh lanjutan akan diberikan dan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pati dan majikan yang gagal berbuat demikian.

"Jabatan Imigresen memandang serius isu kebanjiran pekerja asing di negara ini kerana ia melibatkan isu keselamatan, kesihatan malah kedaulatan negara," katanya. - BERNAMA

E-Kad , Pati

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain