suria

PM Ajak Rakyat Sampaikan Pandangan Berkaitan TN50

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak orang ramai memberikan pandangan dan pendapat mereka terhadap gagasan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Perdana Menteri berkata orang ramai boleh mengemukakan pandangan dan pendapat mereka ke e-mel [email protected] selewat-lewatnya pada 2 petang Khamis sebelum perbincangan mengenai TN50 dijalankan.

"Apakah aspirasi anda untuk Malaysia di 2050?

"Saya akan membincangkan topik ini bersama golongan muda Malaysia dalam sesi Dialog Perdana TN50 esok (Khamis), dan saya juga ingin mendengar daripada anda semua," kata Najib dalam catatannya di laman rasmi Facebook beliau, Rabu.

TN50 yang digagaskan Najib merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.

Pada petang ini, satu sesi dialog perdana utama untuk program TN50 akan diadakan.

Program ini akan meliputi sesi public engagement (perbincangan awam) yang akan bermula dengan generasi muda membincangkannya dan untuk kerajaan mendapat input dan cadangan berkenaan hala tuju negara menjelang 2050, iaitu tempoh selama 30 tahun daripada 2020.

Pelancaran ini akan diadakan di Universiti Malaya yang akan menyaksikan perdana menteri akan berinteraksi dengan 500 belia Malaysia atau generasi muda Malaysia.


TN50, Wawasan 2020, Universiti Malaya

Artikel Berikut

Artikel Lain