Kabinet Sarawak Angkat Sumpah Khamis Ini - Semasa | mStar

Kabinet Sarawak Angkat Sumpah Khamis Ini

KUCHING: Majlis angkat sumpah bagi timbalan-timbalan ketua menteri dan menteri-menteri Sarawak di bawah Ketua Menteri baharu Datuk Amar Abang Johari Tun Openg akan diadakan Khamis ini.

Menurut kenyataan Jabatan Penerangan pada Selasa, majlis akan berlangsung pada 10.30 pagi di Kompleks Dewan Undangan Negeri di Petrajaya.

Sarawak dijangka menerima seorang timbalan ketua menteri baharu bagi mengisi jawatan yang ditinggalkan Abang Johari.

Abang Johari adalah antara tiga timbalan ketua menteri di bawah kepimpinan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Dua lagi ialah Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Desas-desus menyatakan Menteri Perindustrian dan Pembangunan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan akan mengisi kekosongan itu memandangkan beliau pemimpin paling kanan dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti tonggak kerajaan Barisan Nasional Sarawak.

Awang Tengah juga merupakan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II negeri.

Selain itu, seorang pemimpin kanan PBB dijangka mengisi kekosongan jawatan menteri perumahan dan urbanisasi serta menteri pelancongan, kesenian dan kebudayaan, dua portfolio yang sebelum ini dipegang oleh Abang Johari.

Abang Johari, 67, anak lelaki bongsu Yang Dipertua Negeri Sarawak yang pertama Tun Abang Openg Abang Sapiee, mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri keenam Sarawak di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud pada Jumaat lepas di Astana. - BERNAMA

Kabinet Sarawak

Artikel Sebelum

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain