Lagi Aksi Berani Remaja Panjat 'Ipoh' - Semasa | mStar

Lagi Aksi Berani Remaja Panjat 'Ipoh'

IPOH: Kes panjat mercu tanda 'Ipoh' muncul kembali apabila kali ini seorang remaja lelaki menyebarkan aksi beraninya itu menerusi laman sosial.

Beberapa gambar tersebar dalam laman sosial menunjukkan remaja itu berdiri di atas huruf 'P' tanda mercu itu yang terletak dekat laluan keluar Simpang Pulai di Lebuh Raya Utara Selatan.

Satu gambar lain menunjukkan remaja itu mengambil gambar swafoto menggunakan telefon bimbitnya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada remaja tersebut bertindak sedemikian secara bersendirian atau berkumpulan.

Kapsyen gambar berkenaan turut mendakwa foto tersebut disunting dan orang ramai diminta tidak percaya aksi itu.

Difahamkan, mercu tanda tersebut berukuran 9.1 meter tinggi dan dibina pada ketinggian 30 meter di lereng bukit.

Majlis Perbandaran Ipoh masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Gambar berkenaan dipercayai dimuat naik pada Sabtu, kira-kira dua minggu selepas sekumpulan remaja mencetuskan kontroversi apabila foto mereka memanjat mercu tanda itu tersebar.

Kumpulan remaja terbabit kemudiannya memohon maaf atas perbuatan mereka.

Ipoh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain