suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesalah Trafik 'Op Selamat' Berdepan Dengan Tindakan Mahkamah

Tiong Lai bergambar bersama para pelajar Vr Drumming Academy selepas persembahan gendang di Pintu Gerbang Jalan Petaling, Sabtu malam. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR:  Pemandu yang didapati melakukan kesalahan seperti menggunakan lorong kecemasan dan memotong di garisan berkembar semasa Op Selamat sempena Tahun Baru Cina 2017 dari 21 Januari hingga 5 Februari ini akan dihadapkan ke mahkamah.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tiada kompaun akan dikeluarkan bagi kesalahan seumpama itu pada Op Selamat berkenaan yang menggunakan slogan 'Pandu Cermat Sampai Selamat'.   

"Saya bagi amaran awal, jangan nanti kata kita tak bagi amaran," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menyalakan tanglung dan persembahan gendang sempena sambutan Tahun Baru Cina 2017 di sini pada Sabtu.

Beliau menarik perhatian bahawa ini kali kedua pesalah jalan raya bakal berdepan tindakan mahkamah selepas ia dilaksanakan buat kali pertama pada Op Selamat Aidilfitri tahun lalu.    

"Pengguna jalan raya digesa supaya bersama kerajaan dalam usaha mengurangkan kemalangan dan kematian di jalan raya sepanjang musim perayaan ini. Ia bukan tanggungjawab kerajaan dan pihak berkuasa sahaja," katanya. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain