Sistem Pendaftaran Khas Bantu Pelarian Rohingya - Semasa | mStar

Sistem Pendaftaran Khas Bantu Pelarian Rohingya

Syed Hamid Albar dan isterinya, Puan Seri Sharifah Aziah Syed Zainal Abidin menyampaikan sumbangan berupa keperluan asas kepada entik-entik Rohingya pada majlis Serahan Barangan Dapur dan Pakaian Kepada Komuniti Rohingya di Sekolah Rohingya Pelangi Kasih Selayang Baru pada Ahad. Foto: AZMAN GHANI / The Star

KUALA LUMPUR: Satu sistem pendaftaran khas perlu diwujudkan bagi membantu pelarian Rohingya di negara ini, kata Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar, Tan Sri Syed Hamid Albar. 

Beliau berkata ini antara lain bagi membolehkan pelarian Rohingya yang berrdaftar mendapatkan pekerjaan serta akses kepada pendidikan dan kesihatan. 

"Terdapat 50,000 pelarian etnik Rohingya didaftarkan dengan UNHCR (Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian) di negara ini, tetapi ada ramai juga yang tidak berdaftar.  

Di dalam kad UNHCR ini mereka berstatus pelarian. 

"Apa yang kita mahu, mereka ini didaftarkan di bawah satu sistem supaya mereka ada hak menjalankan kehidupan di bawah undang-undang antarabangsa sehingga selesai masalah di negara mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program 'Garage Giveaway' untuk etnik Rohingya di sini, Isnin.

Katanya, sistem berkenaan juga perlu bagi mengelak etnik tersebut dianiaya pihak tertentu termasuk menjadi mangsa pemerdagangan manusia. 

Dalam pada itu, Syed Hamid menegaskan bahawa pemimpin negara Asean perlu mengubah pendirian tidak mahu masuk campur hal dalaman negara lain bagi membantu menyelesaikan isu etnik Rohingya di Myanmar. 

"Kita mahu hormati 'dignity' sesuatu bangsa yang dicabuli. Kita mahu bantu agar isu Rohingya ini selesai," katanya. 

Justeru, katanya, negara Asean lain perlu lebih terbuka kerana isu etnik Rohingya hanya boleh diselesaikan dengan penglibatan bersama negara Asean itu sendiri. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anggota Polis Cedera Ditikam Di Selayang

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain