suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekatan Perjalanan, Zunar Fail Tindakan Undang-Undang

Zunar.

KUALA LUMPUR: Kartunis Zunar mencabar sekatan perjalanan yang dikenakan terhadapnya oleh Jabatan Imigresen pada Oktober lalu.

Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwarul Haque, menamakan Ketua Pengarah Imigresen, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Beliau memfailkan permohonan semakan semula di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu melalui peguamnya, Eric Paulsen dan Melissa Sasidaran.

Zunar berkata beliau mahu berlepas ke Singapura pada 17 Oktober lalu tetapi dihalang oleh seorang pegawai Imigresen.

Peguam Zunar, Eric Paulsen berkata mereka mahu mencabar perintah Imigresen yang menafikan kebebasan bergerak terhadap kliennya.

Katanya, Zunar juga tidak diberikan sebarang alasan mengenai sekatan tersebut yang menyebabkan beliau memfailkan tindakan undang-undang.

Artikel Sebelum

Artikel Lain