suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fius Terbakar Cetus Kebakaran Kecil Di Hospital Serdang

Hospital Serdang.

PETALING JAYA: Kebakaran kecil berlaku di Hospital Serdang akibat fius terbakar tetapi tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.

Berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Serdang, kebakaran berjaya dipadamkan kakitangan hospital tersebut sebelum anggotanya tiba di lokasi kejadian.

"Insiden berlaku kira-kira pukul 9.16 pagi dan pasukan itu tiba di lokasi pada pukul 9.26 pagi.

"Kebakaran dipercayai disebabkan lampu siling yang tidak berfungsi pada aras 1 hospital tersebut.

"Tiada kerosakan serius dan kemalangan jiwa dilaporkan," menurut laporan itu.

Artikel Lain