suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 100 Projek Perumahan Swasta Terbengkalai Sehingga November Lepas

KUALA LUMPUR: Sebanyak 134 projek perumahan swasta terbengkalai direkodkan di Semenanjung dari 2013 sehingga bulan lepas, kata Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Beliau berkata jumlah itu termasuk 26 projek yang terbengkalai tahun ini.

"Kerajaan mengambil tindakan menyenarai hitam pemaju yang gagal menyiapkan projek dalam tempoh Perjanjian Jual-Beli (PJB) atau menyebabkan projek perumahan terbengkalai," katanya pada persidangan Dewan Negara.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Zali Mat Yasin yang ingin tahu jumlah projek perumahan terbengkalai dan tindakan kerajaan terhadap pemaju yang gagal menyiapkan projek perumahan selain bentuk perlindungan yang diberikan kepada pembeli yang menghadapi masalah berkenaan.

Mengulas lanjut, Halimah berkata pemaju yang disenarai hitam tidak boleh memohon atau memperbaharui lesen, permit iklan dan jualan serta nama mereka turut dipaparkan di laman sesawang kementerian untuk rujukan pembeli dan pelabur.

Selain itu, beliau berkata kerajaan mengambil tindakan pendakwaan dan kompaun ke atas pemaju bagi melindungi hak pembeli.

Beliau menambah pembeli boleh memohon menamatkan penjanjian jual beli sekiranya tiada kemajuan pembinaan secara berterusan selama enam bulan atau lebih.-- Bernama

Halimah Mohamed Sadique, PJB

Artikel Sebelum

Fahaman Syiah Masih Terkawal

Artikel Berikut

Artikel Lain