suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fahaman Syiah Masih Terkawal

KUALA LUMPUR: Aktiviti penyebaran ajaran sesat dan fahaman Syiah di negara ini masih terkawal, Dewan Negara diberitahu pada Selasa.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pengawalan ajaran itu adalah tertakluk di bawah Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang diperuntukkan di setiap negeri.

"Dari segi bilangan pengikut, tidak dapat dipastikan kerana tidak ada anggaran yang tepat, tambahan pula kumpulan ini (Syiah) tidak berdaftar.

"Bagaimanapun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri serta agensi keselamatan sentiasa melakukan pemantauan terhadap kumpulan ini," katanya menjawab soalan Senator Engku Naimah Engku Taib mengenai sejauh mana perkembangan fahaman Syiah dan bilangan pengikutnya di negara ini.

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1996 bersetuju bahawa ajaran Islam selain Ahli Sunnah Wal Jamaah, bercanggah dengan hukum syarak serta undang-undang Islam dan penyebarannya adalah dilarang di negara ini.

Artikel Lain