suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAU 2016 Masuk Hari Terakhir

KUALA LUMPUR: Selepas dua hari bersidang, Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 memasuki hari terakhirnya pada Sabtu dengan perwakilan menyambung semula perbahasan usul ekonomi.

Sebanyak sembilan pembahas dijadual mengambil bahagian membahas usul itu yang akan dimulakan dengan wakil Pergerakan Puteri Umno, Armizadonna Wirdawati Mohd Radzi.

Sebanyak 14 pembahas akan membahaskan usul agama dan pendidikan sebelum sesi penggulungan.

Sesi penggulungan tahun ini menyaksikan ia kembali kepada tradisinya iaitu  ucapan penggulungan akan dilakukan oleh pucuk pimpinan utama parti berbanding tahun lepas yang hanya dilakukan oleh presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perhimpunan agung dijadual tamat pada 6.30 petang dan diikuti sidang media oleh pimpinan utama parti. - Bernama

PAU 2016, Umno

Artikel Lain