suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MKN Sabah Hantar Pulang 470 Pati Filipina

Seramai 470 Pati dari Filipina dihantar pulang Zamboanga menggunakan sebuah feri pada Jumaat.

SANDAKAN: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menghantar balik pendatang asing tanpa izin (Pati) di Sabah membabitkan 470 warganegara Filipina dari Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga Filipina, Jumaat.

Pengarah MKN Sabah, Datuk Rodzi Md Saad berkata, daripada jumlah itu, seramai 433 Pati adalah lelaki dewasa, 32 wanita dewasa dan lima kanak-kanak lelaki serta perempuan, yang kesemuanya berusia di antara setahun hingga 62 tahun.

"Mereka terdiri daripada 230 Pati dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Kota Kinabalu dan 240 orang lagi dari PTS Tawau", katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, penghantaran pulang Pati yang dilakukan berterusan oleh MKN Sabah menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam membanteras Pati di negeri ini.

Sehubungan itu, katanya, semua pihak khususnya majikan dan orang awam haruslah menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan mengelak daripada menggaji atau melindungi Pati, sebaliknya menyampaikan maklumat mengenai kehadiran mereka. - Bernama

MKN Sabah, Pati Filipina

Artikel Lain