suria

Lelaki Maut Selepas Kereta Terjunam

IPOH: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dinaikinya terbalik dan terjunam pada ketinggian kira-kira tiga meter dari Jalan Gunung Besout di Kuala Slim dekat sini pada Sabtu.

Menurut sumber dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, mangsa, Adenan Ali,24, merupakan salah seorang penumpang di dalam kereta tersebut.

Terdapat dua lagi mangsa lain di dalam kereta itu dan kedua-duanya mengalami kecederaan tetapi selamat.

Sumber berkata, ketika anggota bomba tiba di lokasi, mangsa nahas sudah dikeluarkan dari kereta tersebut oleh orang ramai.

"Adenan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan. Dua lagi mangsa dibawa ke hospital berdekatan.

"Mayat mangsa telah dihantar untuk proses bedah siasat," katanya.



kemalangan, Jalan Gunung Besout

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain