suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Cedera Ditikam Jiran Dipercayai Kurang Siuman

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 31 tahun cedera ditikam jirannya yang dipercayai kurang siuman di rumahnya di Taman Cheras Jaya, Balakong dekat sini, Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, mangsa yang berada di rumahnya didatangi suspek lelaki berusia 34 tahun yang memarahi sebelum menikamnya menggunakan pisau di bahagian dada.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata, suspek kemudian melarikan diri. 

Beliau berkata, mangsa kini dilaporkan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dekat sini. 

"Siasatan awal mendapati suspek sering mengganggu masyarakat sekitar kawasan tersebut sebelum ini, dan terdapat laporan polis telah dibuat," katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Beliau berkata, suspek berjaya ditahan polis kira-kira 4 petang Sabtu di rumahnya, selepas usaha anggota keluarga untuk memujuk suspek menyerah diri gagal.

"Suspek bertindak agresif sehingga memaksa polis melepaskan dua das tembakan menggunakan senjata renjat ke atas suspek," katanya.

Othman berkata, suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan daripada pakar sakit jiwa.

"Menurut ahli keluarga, suspek tidak mendapatkan rawatan di mana-mana hospital sejak lebih setahun lalu," katanya.  

Othman berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain