suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri Datuk Dapat Berita Buruk 15 Minit Selepas Suaminya Ditembak

GEORGE TOWN: Ahli perniagaan, Datuk Ong Teik Kwong dalam perjalanan pulang ke rumah untuk makan malam bersama isterinya sewaktu insiden beliau ditembak mati didakwa dilakukan pengawal peribadinya di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu pada Khamis malam.

Isterinya, Datin Vivian Cheow (gambar) berkata, pengawal peribadi datang ke rumah mereka pada waktu pagi dan ia merupakan pertemuan pertama kali.

Hari berkenaan merupakan hari pertama pengawal peribadi berusia 37 tahun itu bertugas.

"Dia datang dan suami saya keluar dengan dia. Kami merancang untuk makan malam hari itu.

"Dia beritahu saya keadaan trafik begitu sesak di lebuh raya tetapi dalam perjalanan pulang.

"Kira-kira pukul 7.30 malam, rakan saya memberitahu sesuatu berlaku kepada suami saya, dan 15 minit selepas itu, saya mendapat berita buruk," kata Vivian.

Menurut Vivian, dia tidak tahu-menahu mengenai proses pengambilan pengawal itu.

Tambah Vivian, dia akan meneruskan kerja-kerja kebajikan yang dilakukan suaminya.

Pengawal peribadi dan rakan niaga Teik Kwong direman sehingga 8 Disember bagi membantu siasatan.

Teik Kwong maut ditembak didakwa dilakukan oleh pengawal peribadinya dalam perjalanan pulang

Dua individu lain iaitu M. Senthil, 38, serta Choi Hon Ming, 32, maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan oleh pengawal peribadi Teik Kwang.

Insiden itu juga turut men­cederakan empat lagi yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

Artikel Lain