Khalid, bagaimanapun, melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Maria yang mengusik bahan bukti apabila beliau memegang peluru itu untuk ditunjukkan kepada pemberita pada sidang akhbar.
"Beliau telah buat laporan jadi kita akan siasat," katanya.
Beliau berkata, Maria tidak sepatutnya memegang peluru itu kerana cap jari pada bahan bukti akan hilang.
"Lain kali, kalau ada apa-apa, simpan terlebih dahulu. Jangan usik. Beri kepada kami untuk kami menyiasat. Jangan musnahkan bukti-bukti yang ada," katanya.
"Apa yang kita dapat sekarang? Cap jari sebenar sudah tiada lagi. Hanya jap jari dia saja," tambah Khalid.
Sehari selepas dibebaskan dari tahanan, Maria mengadakan sidang akhbar dan mendakwa bahawa beliau dan keluarganya menerima satu sampul surat dengan mesej ugutan bunuh yang ditulis, LAST WARNING IF NOT R.I.P Marina and Family, bersama-sama dengan peluru di dalamnya.


