Lembaga Disiplin Umno Bahagian Banteras 'Musang Berbulu Ayam' - Puteri Kedah - Semasa | mStar

Lembaga Disiplin Umno Bahagian Banteras 'Musang Berbulu Ayam' - Puteri Kedah

KUALA LUMPUR: Puteri Umno Kedah mencadangkan penubuhan Lembaga Disiplin parti di setiap bahagian bagi menyelesaikan isu ahli 'musang berbulu ayam'.

Perwakilannya, Faizah Pear Muhamad yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Padang Serai berkata, golongan ini mengaku  mereka adalah ahli Umno, tetapi hati, tindak tanduk dan percakapan lebih 'hebat' daripada pembangkang.

Katanya, terdapat ahli apabila berhujah dan mengeluarkan pandangan semuanya menghentam parti dan kerajaan, seolah-olah mereka tidak mahu menjadi sebahagian Umno.

"Tengok saja dalam group whatsapp, lebih banyak menghentam kepimpinan berbanding memberi idea dan pandangan untuk membantu parti dan kerajaan.

"Bukan apa, kita perlu bersedia dari awal, takut mereka menjadi liabiliti kepada parti semasa pilihan raya umum  akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pergerakan Puteri Umno dari konteks politik sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.

Faizah berkata, sebagai ahli dan barisan kepimpinan di peringkat cawangan dan bahagian, semua pihak seharusnya menjadi penyampai maklumat yang sahih kepada rakyat.

"Ini tidak, kita sendiri jadi 'nasi tambah', lebih teruk apabila tambah bagi lagi pedas. Di mana kesetiaan kita kepada parti, tepuk dada tanya jiwa," katanya.

Menurut Faizah, ahli-ahli Umno perlu mempunyai mentaliti untuk menang bagi memberi keyakinan kepada rakyat bahawa Umno masih utuh dan relevan sebagai parti yang memperjuangkan Melayu dan Islam.

"Kalau kita sendiri sebagai ahli Umno menyokong kenyataan-kenyataan yang Umno tidak akan menang PRU akan datang, apabila berdepan dengan rakyat atau melalui media sosial, adakah ia bermakna kita sendiri tidak yakin dengan Umno," katanya.

Sehubungan itu katanya, ahli Umno perlu memperkukuhkan kesetiaan mereka terhadap parti sekaligus mudah meraih keyakinan rakyat sebagai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.


Puteri Umno , Faizah Pear Muhamad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain