suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagi Banjir Kilat Landa Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Beberapa kawasan di bandar raya ini dinaiki air selepas hujan lebat berterusan selama enam jam.

Antara kawasan yang terjejas adalah Jalan P. Ramlee, Kampung Makam di Datuk Keramat dan Kampung Dodol di Jalan Perak di sini.

Dalam insiden lain, seorang lelaki berusia 42 tahun mati lemas di Sungai Perai selepas terjatuh ke dalam longkang kira-kira pukul 10.30 malam Sabtu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Perai yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat menemui mayat mangsa kira-kira pukul 12.29 tengah malam tadi.

Mangsa, C.B. Ravichandran didakwa cuba menyelamatkan diri selepas terjatuh sebelum dihanyutkan oleh arus deras sungai.


banjir kilat, Pulau Pinang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain