suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ROS Lulus Pendaftaran Parti Harapan Rakyat Sabah

Datuk Seri Lajim Ukin

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran penubuhan parti baharu, Parti Harapan Rakyat Sabah, yang bakal diterajui bekas Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Seri Lajim Ukin.


Lajim yang ditemui pemberita di ROS di sini pada Selasa selepas menerima sijil pendaftaran itu berkata, permohonan pendaftaran parti dengan akronim Harapan Rakyat itu dikemukakan oleh Patrick Sadom selaku pengerusi penaja yang juga presiden sementara parti itu kepada ROS pada 14 September lepas.

Parti yang menyasarkan penyertaan rakyat Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang menerima dasar Harapan Rakyat, katanya.

Menurutnya, 10 ketua ranting dan 80 peratus ketua cabang serta pimpinan PKR negeri yang meninggalkan parti itu baru-baru ini berikrar menjadi tonggak kepada parti baharu itu.

Parti itu menyasarkan untuk mendaftarkan 2,600 anggota dalam tempoh sebulan, katanya.

Sebelum menyertai PKR pada 2012, Lajim merupakan Anggota Majlis Tertinggi Umno dan pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
.

Artikel Lain