suria

TPPA: Malaysia Di Landasan Betul Buat Pengesahan Sebelum Tarikh Akhir

KUALA LUMPUR: Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan berkuat kuasa apabila sekurang-kurangnya enam negara dengan gabungan keluaran dalam negara kasar (KDNK) lebih daripada 85 peratus daripada jumlah semua anggotanya membuat pengesahan.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk J. Jayasiri berkata Malaysia berada di landasan betul untuk pengesahan sebelum tarikh akhir pada 2018.

"Kita perlu melakukan pindaan yang perlu untuk 18 undang-undang, yang kini sedang dilakukan," katanya.

Jayasiri berkata demikian dalam majlis wacana mengenai TPPA di sini.

Beliau memberitahu pemberita bahawa kesemua 12 negara dalam TPP mempunyai 24 bulan untuk mengesahkan perjanjian itu, selepas ia dimeterai pada Februari tahun ini di Auckland, New Zealand.

Perjanjian itu akan mula berkuatkuasa 60 hari selepas itu.

12 negara yang berunding untuk TPP adalah Malaysia, Amerika Syarikat, Jepun, Australia, Peru, Vietnam, New Zealand, Chile, Singapura, Kanada, Mexico dan Brunei.
TPPA, Datuk J. Jayasiri, KDNK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain