suria

Dua Remaja Ditahan Bantu Siasatan Bunuh Bayi Baru Lahir

Gambar hiasan.

MELAKA: Dua remaja dipercayai pasangan kekasih ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh bayi yang baru lahir di Bukit Palah di sini, awal pagi Rabu.

Menurut sumber, bayi yang dipercayai lahir kurang daripada 24 jam itu dibawa ke Hospital Melaka dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh remaja perempuan berusia 18 tahun dipercayai ibu mangsa kira-kira pukul 1 pagi.

Bayi itu disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan hospital tersebut sebelum perkara berkenaan dilaporkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Polis turut menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan remaja berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan kerana membunuh anak selepas kelahiran. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain