suria

Agong Tolak Deklarasi Rakyat - Najib

Najib Tun Razak.

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah tidak mencampuri usaha yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Deklarasi Rakyat.

Perdana Menteri menerusi kenyataan empat perenggan pada Rabu malam berkata, Tuanku Abdul Halim mengambil maklum mengenai perkara yang dibangkitkan Dr Mahathir menerusi pertemuan yang diadakan pada 16 September lalu.

“Saya telah dimaklumkan oleh Tuanku Abdul Halim yang baginda menerima menghadap Dr Mahathir di Istana Bukit Malut di Langkawi pada minggu lepas.

“Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong turut menjelaskan kepada Dr Mahathir bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dibuat oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Ini kerana deklarasi yang dibuat oleh PPBM adalah tidak mengikut Perlembagaan. Sebarang tindakan sepatutnya diuruskan menurut amalan lazim iaitu melalui Parlimen dan sistem pilihan raya bagi rakyat membuat keputusan,” katanya.

Dr Mahathir melancarkan Deklarasi Rakyat pada 4 Mac lalu selepas bekerjasama dengan tokoh-tokoh politik utama dan pemimpin masyarakat sivil untuk menyingkirkan Najib.

Artikel Berikut

Artikel Lain