Perhimpunan Haram 27/8: Tiada Lagi Dipanggil Polis Setakat Ini - Semasa | mStar

Perhimpunan Haram 27/8: Tiada Lagi Dipanggil Polis Setakat Ini

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan tiada lagi individu yang akan dipanggil berhubung perhimpunan haram di beberapa kawasan di ibu negara, termasuk di Dataran Merdeka pada 27 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah memberitahu Bernama pihaknya akan merujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya berhubung siasatan terhadap individu yang terlibat dalam perhimpunan haram itu.

Khamis lepas, polis telah mengambil keterangan 11 peserta perhimpunan haram itu dan akan memanggil 20 orang lagi.

Sebanyak 17 daripada 20 orang itu telah dikenal pasti manakala tiga lagi tidak diketahui identitinya.

Kira-kira 1,500 orang, kebanyakan pelajar, menyertai perhimpunan haram anti kerajaan itu yang penganjurnya menyasarkan penglibatan 10,000 orang.

Artikel Sebelum

Galeri Ketua Polis Negara Dilancar

Artikel Berikut

Dr Mahathir Terdesak

Artikel Berkaitan

Artikel Lain