suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Maut Dihempap Besi Kren Di Jalan Raja Chulan

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu kereta wanita maut dihempap besi yang dipercayai terjatuh daripada sebuah kren di tapak pembinaan di Jalan Raja Chulan, Khamis malam.

Dalam kejadian 7.20 malam itu, besi berkenaan dipercayai terjatuh daripada kren di sebuah tapak pembinaan, bersebelahan pusat beli-belah Pavilion dan menimpa kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Mohd Samsol Maarof Saibani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada 7.21 malam dan tiba di lokasi 15 minit kemudian.

"Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari balai bomba Pudu dan Hang Tuah dengan kekuatan 16 anggota bergegas ke lokasi kejadian," katanya.

Beliau berkata kerja-kerja mengalihkan besi yang menimpa kereta berkenaan sedang dilakukan. -Bernama

Kereta Dihempap Kren, Wanita

Artikel Lain